Sunday, February 15, 2009
Nak Kursus Kahwin tapi tempat dah penuh!!
Aduh!!! Baru-baru nie den dapat pangilan daripada beberapa peserta kursus kahwin dengan nada kecewa mereka menyatakan mereka gagal untuk berkursus kahwin di Pusat Kursus Kahwin yang mereka pergi. TEMPAT TERLALU SESAK DAN KURANG SELESA KATA MEREKA!
mana tak nya sekarang musim cuti sekolah..musim kenduri kahwin..and coming soon bulan Mac 2009..cuti banyak lagi so ramai bakal-bakal raja sehari akan berkursus awal untuk mengelakan keributan di hari mendatang. kat sini ada 5 tip untuk berkursus kahwin bagi mengelakan anda gagal mendapat tempat kursus, kurang selesa dan sesak!
5 Tip : -
1) Hubungi Pusat kursus perkahwinan untuk booking awal sekurang-kurangnya 1 minggu awal. Buat peracangan dengan betul dan pastikan anda betul-betul free pada tarikh tersebut.
2.) Pilih Lokasi tempat kursus yang senang untuk pergi atau mempunyai kemudahan transport. Ada pusat kursus menyediakan pengangkutan dari LRT ke pusat kursus.
3.) Ringankan mulut untuk menanya kapasiti dewan berapa orang dan jumlah peserta pada minggu tersebut. Maksimum satu pusat kursus kahwin adalah 150 orang dalam satu masa. sekiranya semasa anda booking dan bilangan peserta telah mencecah 120 orang lebih baik anda cari di tempat lain.
4.) Gunakan Teknologi Maklmat. Kebanyak pusat kursus kahwin kini telah mempunyai laman web ataupun blog anda boleh melihat kemudahan yang disediakan bagi menjamin keselesaan anda
5.) Kursus Awal, anda boleh berkursus pada bila2 masa walaupun anda tidak merancang untuk berkahwin. ini untuk sebagai satu langkah selamat untuk mengelakkan risiko seperti kenaikan harga, ujian, penambahan masa di masa akan datan
Sekian, harap tip ini dapat dimanfaatkan demi kepentingan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment